230913 - Masakan Kurma
pernah dulu aku sangat tidak menggemari masakan mak aku yang bernama kurma samada dimasak menggunakan ayam atau pun daging. Mulanya aku sangat tidak faham kenapa ramai yang menggemarinya sehinggalah aku merasa masakan kurma ayam seorang teman, aku menggemarinya. Kesimpulannya mudah, mak aku waktu itu memang tidak berapa pandai masak kurma, tapi tidak sekarang kerana rasanya sudah setanding temanku itu. Bukan masakan kurma sahaja tapi beberapa masakan lain...adakah itu menjadikan aku seorang anak yang tidak baik? Sebenarnya sedap atau tidak masakan seorang emak bukan perkara pokok tapi keupayaan, pengorbanan dan usaha seorang emak menyediakan makanan itu yang paling perlu dihargai..
Ulasan
Catat Ulasan