Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

241013 - Kesihatan

...maka bermula hari ini bermulalah perjalanan penjagaan kesihatan aku bersama lima teman yang lain. Setiap Isnin akan menyerahkan laporan kemajuan diet masing-masing...betul-betul buat aku tersenyum semalaman..

240913 - Kehendak dan keperluan

Setiap orang punya kehendak dan keperluan yang berlainan, justeru adalah tidak layak untuk kita mengatakan kehendak dan keperluan seseorang yang lain adalah salah dan tidak betul semata-mata kerana kehendak dan keperluan orang itu tidak serupa dengan kita. Bersukurlah dengan apa yang kita miliki dan berdoalah untuk orang lain supaya orang itu juga mampu bersyukur sebagaimana yang kita rasai...

230913 - Masakan Kurma

pernah dulu aku sangat tidak menggemari masakan mak aku yang bernama kurma samada dimasak menggunakan ayam atau pun daging. Mulanya aku sangat tidak faham kenapa ramai yang menggemarinya sehinggalah aku merasa masakan kurma ayam seorang teman, aku menggemarinya. Kesimpulannya mudah, mak aku waktu itu memang tidak berapa pandai masak kurma, tapi tidak sekarang kerana rasanya sudah setanding temanku itu. Bukan masakan kurma sahaja tapi beberapa masakan lain...adakah itu menjadikan aku seorang anak yang tidak baik? Sebenarnya sedap atau tidak masakan seorang emak bukan perkara pokok tapi keupayaan, pengorbanan dan usaha seorang emak menyediakan makanan itu yang paling perlu dihargai..

060913 - mihun goreng

Mihun goreng...itulah sarapan aku hari ini. Kalau aku katakan peluang memasak sendiri makanan berbanding membeli di kedai pun boleh menjadi punca aku memilih untuk berhenti kerja...ada ke orang yang akan percaya??

310813 - PILIHAN

Apabila saya memilih untuk meninggalkan dunia makan gaji setelah berbelas tahun, ramai yang menyangka saya mempunyai simpanan wang yang banyak sehingga mampu untuk membuat keputusan seperti itu. Alhamdulillah saya menerimanya sebagai satu doa untuk usaha saya selepas ini. Saya bukan seorang yang suka merancang masa depan saya sendiri..saya jenis yang akan melalui apa sahaja yang mendatang dengan bertawakkal sahaja, sangat jarang saya dapat memberikan jawapan yang tepat apa yang mendorong saya membuat pilihan tersebut. Namun yang pasti, saya sangat menghargai kebebasan yang saya miliki apabila tiba masa untuk membuat pilihan...

270813 - ketentuan

janji Allah itu benar...sekian banyak perkara yang melanda diri mahupun pergolakan yang berlaku di luar sana adalah kerana janji Allah kepada kita, terpulang kepada diri, janji Allah yang mana ingin kita turuti...semoga piihan kita memberi kebaikan dunia dan akhirat untuk diri dan juga orang lain..

310713 - rasa hati

tanpa disedari ada sayu jauh di sudut hati..aku tak pernah cemburu dengan wang ringgit dan harta benda milik orang tapi aku cukup sayu dengan peluang yang DIA bagi kepada orang lain sedang aku sangat inginkannya..moga hari itu akan sampai jua..ameen.

300713 - alhamdulillah

yup..alhamdulillah kerana aku masih diberi ruang untuk menulis dan memulakan blog sebagai catatan harian? mingguan? atau tahunan?