Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2013

240913 - Kehendak dan keperluan

Setiap orang punya kehendak dan keperluan yang berlainan, justeru adalah tidak layak untuk kita mengatakan kehendak dan keperluan seseorang yang lain adalah salah dan tidak betul semata-mata kerana kehendak dan keperluan orang itu tidak serupa dengan kita. Bersukurlah dengan apa yang kita miliki dan berdoalah untuk orang lain supaya orang itu juga mampu bersyukur sebagaimana yang kita rasai...

230913 - Masakan Kurma

pernah dulu aku sangat tidak menggemari masakan mak aku yang bernama kurma samada dimasak menggunakan ayam atau pun daging. Mulanya aku sangat tidak faham kenapa ramai yang menggemarinya sehinggalah aku merasa masakan kurma ayam seorang teman, aku menggemarinya. Kesimpulannya mudah, mak aku waktu itu memang tidak berapa pandai masak kurma, tapi tidak sekarang kerana rasanya sudah setanding temanku itu. Bukan masakan kurma sahaja tapi beberapa masakan lain...adakah itu menjadikan aku seorang anak yang tidak baik? Sebenarnya sedap atau tidak masakan seorang emak bukan perkara pokok tapi keupayaan, pengorbanan dan usaha seorang emak menyediakan makanan itu yang paling perlu dihargai..

060913 - mihun goreng

Mihun goreng...itulah sarapan aku hari ini. Kalau aku katakan peluang memasak sendiri makanan berbanding membeli di kedai pun boleh menjadi punca aku memilih untuk berhenti kerja...ada ke orang yang akan percaya??