Catatan

260115 - Ayah

Imej
13/01/15 genap setahun ayah pergi, dalam tempoh setahun ini jugak banyak perkara besar yang terjadi dalam keluarga kami. Bagi aku sendiri kehilangan ayah masih begitu terkesan, terkadang seperti terlihat kelibat ayah dimana-mana. 10 hari sebelum pemergian mengejutnya sethn lepas, kami bersama pulang dr mengerjakan umrah..iye aku kira Allah punya sebabNya yang tersendiri memilih aku antara org terakhir menghabiskan masa bersama ayah di waktu-waktu akhirnya, di Tanah Suci pula. Banyak sebenarnya ingin aku luahkan namun sehingga hari ini aku tak berjumpa dengan perkataan dan susunan ayat yang tepat utk menggambarkan isi hati ini. Semoga ayah tahu aku sangat berterima kasih padanya sbb sehingga ke akhirnya ayah byk berkorban utk aku..terima kasih ayah.

090115 - 15 tahun lalu...

Aku membuat satu keputusan yang cukup drastik dalam hidup, keputusan yang aku anggap one of the most important turning point dalam hidup aku. Meninggalkan satu kehidupan dan berhijrah ke satu kehidupan yang lain di tempat yang cukup asing. Aku bermula semula bukan dengan zero atau kosong tapi negatif terus..huhuhuhu. Yup memang banyak yang aku lalui dalam tempoh 15 tahun ini, menoleh ke belakang meneroka satu persatu ibarat mimpi, alhamdulillah walau banyak tersasar namun syukur jugak aku mempelajari banyak perkara baru dalam kehidupan dan lebih memahami diri sendiri juga orang sekeliling..

161214 - my health my wealth

Alhamdulillah syukur kerana kegigihan berjumpa doktor di klinik kesihatan hari ini memberikan keputusan yang agak baik...err walaupun kolestrol agak tinggi namun bp, glukos dan berat badan menunjukkan penurunan. Memang banyak perkara baik yang Allah berikan kebelakangan ini, semuanya berlaku dengan bersusun semenjak dua tahun yang lepas. Hanya kini baru nampak semua hikmahnya yang mana sebenarnya tak mampu pun difahami semasa sedang melaluinya. But then, aku sedar juga walau dua tahun, ianya masih di peringkat permulaan pada satu lagi chapter yang perlu aku lalui dalam hidup ini. Kesihatan yang baik dan berpanjangan antara doa yang tak pernah putus aku pinta sebab kesihatan yang baik akan memungkinkan lebih banyak kebaikan dalam menjalani kehidupan sehari-hari..

101214 - hmm

wow..more than a year rupanya..aku menyangkakan aku lupa password blog sendiri rupanya perasaan malas mengatasi usaha untuk menjenguk blog sendiri...sementelah aku sedang merangka plan 2015, alhamdulillah kerana diberi desakan untuk membuka blog ini hari ini..

241013 - Kesihatan

...maka bermula hari ini bermulalah perjalanan penjagaan kesihatan aku bersama lima teman yang lain. Setiap Isnin akan menyerahkan laporan kemajuan diet masing-masing...betul-betul buat aku tersenyum semalaman..

240913 - Kehendak dan keperluan

Setiap orang punya kehendak dan keperluan yang berlainan, justeru adalah tidak layak untuk kita mengatakan kehendak dan keperluan seseorang yang lain adalah salah dan tidak betul semata-mata kerana kehendak dan keperluan orang itu tidak serupa dengan kita. Bersukurlah dengan apa yang kita miliki dan berdoalah untuk orang lain supaya orang itu juga mampu bersyukur sebagaimana yang kita rasai...

230913 - Masakan Kurma

pernah dulu aku sangat tidak menggemari masakan mak aku yang bernama kurma samada dimasak menggunakan ayam atau pun daging. Mulanya aku sangat tidak faham kenapa ramai yang menggemarinya sehinggalah aku merasa masakan kurma ayam seorang teman, aku menggemarinya. Kesimpulannya mudah, mak aku waktu itu memang tidak berapa pandai masak kurma, tapi tidak sekarang kerana rasanya sudah setanding temanku itu. Bukan masakan kurma sahaja tapi beberapa masakan lain...adakah itu menjadikan aku seorang anak yang tidak baik? Sebenarnya sedap atau tidak masakan seorang emak bukan perkara pokok tapi keupayaan, pengorbanan dan usaha seorang emak menyediakan makanan itu yang paling perlu dihargai..